Telaga Cahaya Rumah Teres: Panduan Pencahayaan Siang

RM25.00
9789672514312
5 item(s)
+

Telaga Cahaya Rumah Teres: Panduan Pencahayaan Siang

Author: Amran Atan & Nik Lukman Nik Ibrahim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514312
Weight: 
Pages: 126
Year: 2021
Price: RM25

Keselesaan dalaman rumah teres turut bergantung kepada pencahayaan siang yang baik. Selain bukaan tingkap, elemen yang biasa digunakan dalam rumah teres untuk pencahayaan semulajadi adalah telaga cahaya. Buku ini membentangkan tentang peranan telaga cahaya dalam rumah teres, tipologi reka bentuk dan panduan pengiraan kadar cahaya bagi telaga cahaya rumah teres. Terdapat beberapa tipologi telaga cahaya dalam rumah teres, misalnya bumbung terbuka, berbumbung sudut dengan satu sisi terbuka, berbumbung sudut dengan dua sisi terbuka dan sebagainya. Peruntukan telaga cahaya dalam rumah teres di Malaysia biasanya dikaitkan dengan pematuhan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) Malaysia, 1984. Beberapa panduan mudah atau formula ringkas telah dirumuskan untuk pencahayaan siang bagi telaga cahaya rumah teres dan dibentangkan di dalam buku ini. Panduan mudah ini dihasilkan bagi membantu para arkitek dan pereka bentuk untuk membuat anggaran kadar pencahayaan siang yang boleh diperolehi daripada telaga cahaya rumah teres.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI