Teori Komunikasi Dalam Penyelidikan Jilid 2

RM30.00
9789674124380
5 item(s)
+

Teori Komunikasi Dalam Penyelidikan Jilid 2

Author: Madhi Hasan & Muhamad Nadzri Mohamed Noor 
Publisher: UKM Press 
ISBN: 9789674124380
Weight:
Pages: 134
Year: 2021
Price: RM30.00

Teori merupakan satu elemen penting dalam menjalankan penyelidikan. Selain menjadi panduan bagi seseorang penyelidik menjalankan kajian, teori juga dianggap sebagai penyelesai masalah kepada sesuatu isu yang berlaku di persekitaran pengkaji. Teori juga dapat mencari penjelasan, memberi penerangan, membuat ramalan dan mengawal seseorang penyelidik menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk korpus ilmu media dan komunikasi. Teori dan model dalam bidang pengajian media dan komunikasi penting sebagai tunjang untuk membina teoretikal sesuatu kajian yang saintifik. Teori dalam korpus ilmu media dan komunikasi dapat menyatakan kesan dan keadaan sesuatu media dengan menghasilkan data dan hasil kajian yang empirikal.

Pengaplikasian teori dan model dalam media dan komonikasi dapat memberi pengetahuan tentang bagaimana sesuatu media dan organisasi media memberi kesan dan panduan kepada khalayak serta organisasi. Pengaplikasian ini dapat menilai pengetahuan dan pengalaman khalayak terhadap peranan media melalui pembacaan, penontonan, pendengaran dan penglihatan dalam sesuatu penyampaian mesej atau maklumat melalui kepelbagaian media. Pembinaan dan perkembangan teori dan model dalam media dan komunikasi dapat dihasilkan melalui penyelidikan, perbincangan, wacana dan penulisan. Oleh itu, dari semasa ke semasa teori dan model akan menjalani transformasi disebabkan pemeriksaan, penambahan dan pengubahsuaian yang disokong oleh sesuatu penyelidikan yang sistematik dan empirikal.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI