Terapi Bermain Kognitif Tingkah Laku Kemahiran Membuat Keputusan & Resiliensi Kanak-Kanak Pintar

RM32.00
9789670001463
2 item(s)
+

Terapi Bermain Kognitif Tingkah Laku Kemahiran Membuat Keputusan & Resiliensi Kanak-Kanak Pintar

Author: Nor Hamizah Ab Razak, Ku Suhaila Ku Johari & Mohd Izwan Mahmud
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789670001463
Weight: 0.172 kg
Pages: 103pp
Year: 2022
Price: RM32

Kanak-kanak pintar ialah kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Golongan ini memiliki taha perkembangan dan pertumbuhan kognitif, emosi dan sosial yang berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Kanak-kanak pintar yang dikenali sebagai individu yang mempunyai kebolehan kognitif, daya kreativiti dan komitmen tugas yang tinggi juga didapati sering mengalami isu-isu berkaitan sosial dan emosi. Ini disebabkan oleh faktor seperti ketidakselarasan perkembangan di antara umur akal dan fizikal, sikap kesempurnaan melampau dan ekspektasi yang tinggi daripada masyarakat. Elemen membuat keputusan dan resilien diperlukan dalam usaha untuk kanak-kanak pintar ini berhadapan dengan isu sosial dan emosi. Antara unit yang mampu menyumbang kepada perkembangan psikologi kanak-kanak pintar ialah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pendekatan terapi bermain merupakan salah satu pendekatan yang digunakan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan juga telah dikenal pasti memiliki elemen yang selari dengan ciri unik kanak-kanak ini. Integrasi antara pendekatan terapi bermain Barat dan pendekatan Islam mampu membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI