Terimalah Solatku
Author: Dato' Rusma Ibrahim
Publisher : PTS
ISBN: 9789674014537
Page: 112pp
Weight: 0.3gsm
Year: 2024
Price: RM20
Dato' Rusma Binti Ibrahim memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dan Diploma Usuluddin daripada Universiti Malaya. Beliau membina kerjayanya di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP, sehingga beliau bersara pada tahun 2006. Jawatan terakhir beliau di KWSP adalah Timbalan Ketua Eksekutif KWSP. Selepas bersara beliau telah dilantik sebagai Perunding Teknikal KWSP selama setahun setengah.
Semasa di KWSP beliau sering menulis tentang topik-topik berkaitan keselamatan sosial, penuaan penduduk, sistem persaraan khususnya berkaitan dengan keselamatan kewangan bagi pesara. Pada tahun 2008 hingga 2009, beliau telah mengadakan kursus-kursus persaraan iaitu Older But Wiser bagi bakal-bakal pesara. Selain daripada topik-topik lazim yang menyentuh tentang keselamatan kewangan dan kesihatan di hari tua, penekanan kursus ini adalah lebih kepada keselamatan rohani atau spiritual.
Pada tahun 2019, beliau menerbitkan buku pertamanya bertajuk A Love Affair With Your Kids. Buku ini telah beliau tulis bersama dua orang teman beliau iaitu Dr. Norazizah Mohd Taib dan Puan Munjiah Shahari.