Terjemahan Arab-Melayu: Aplikasi Kamus Dan Mesin Terjemahan
Author: Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Maheram Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512240
Weight:
Pages: 141
Year: 2021
Price : RM30.00
Buku Terjemahan Arab-Melayu: Aplikasi Kamus Dan Mesin Terjemahan menyajikan pelbagai perbincangan berkaitan penterjemahan Arab-Melayu. Antara yang menarik dalam buku ini ialah kesukaran menterjemah, perbezaan antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu yang menyukarkan penterjemahanm kaus "mesra pengguna" serta aplikasi kamus dan mesin terjemahan. Tujuan utama penghasilan buku ini adalah untuk memenuhi keperluan para penterjemah amatur dan para pelajar bidang terjemahan Arab-Melayu sebagai rujukan dan gambaran awal berkaitan bidang ini. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan bacaan khalayak yang ingin mengetahui serba sedikit tentang dunia terjemahan terutama mereka yang sering menggunakan khidmat penterjemahan atau aplikasi terjemahan atas talian. Terdapat beberapa tip dan panduan aplikasi terjemahan menggunakan software atau terjemahan atas talian yang sangat berguna dan perlu diketahui oleh para pengguna umumnya.
SUHAILA ZAILANI @ HJ. AHMAD, PhD Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang terjemahan Arab-Melayu-Arab. MAHERAM AHMAD, PhD, Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang terjemahan Arab-Melayu-Arab.