Terjemahan Kata Kerja Berimbuhan dalam al-Quran
Author: Muhammad Firdaus Abdul Manaf & Maheram Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN : 9789674126636
Year: 2018
Weight: 0.260 kg
Pages: 160pp
Price : RM 30
Buku ini mengungkapkan persoalan berkaitan terjemahan kata kerja berimbuhan dalam al-Quran. Tesis peringkat Ijazah Doktor Falsafah yang diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertajuk 'Penilaian Terjemahan Kata Kerja Berimbuhan dalam al-Quran' menjadi tunjang pembikinan buku ini diterbitkan. Topik yang diketengahkan dalam buku ini sarat dengan isu penterjemahan kata kerja berimbuhan menerusi lapan puluh sampel terangkum dalam surah al-Baqarah.
Isu yang diserlahkan dalam buku ini signifikan dengan proses pemantapan pemahaman terhadap ilmu penterjemahan Bahasa Arab-Bahasa Melayu berkaitan bidang morfologi ini. Kesemua isu diolah berdasarkan metodologi yang sesuai berdasarkan hasil penilitian penulisnya. Setiap bab boleh dijadikan sebagai input dalam membangunkan modul penterjemahan kata kerja berimbuhan Arab-Melayu. Hal ini secara tidak langsung mampu memberikan implikasi penting kepada golongan yang terlibat dalam bidang penterjemahan ini, iaitu para pelajar, guru serta peminat ilmu penterjemahan dan masyarakat pembaca secara umumnya.