Tertib Wali Dalam Perkahwinan Menurut Perspektif Syariah Dan Undang-Undang
Author: Zulfaqar Mamat, Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Lukman Abd Mutalib, Syariah Abdul Shukor & Hasnizam Hashim
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789670001029
Weight:
Pages: 87
Year: 2022
Price: RM38
Kes kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, perkahwinan tidak mendapat kebenaran bapa, bapa angkat sebagai wali dan ada juga kes pasangan berkahwin melangkaui wali yang sepatutnya adalah antara kes yang berkaitan bidang kuasa wali. Buku ini membincangkan kedudukan wali dalam perkahwinan, hukum perwalian dalam sesebuah perkahwinan, tertib wali menurut fuqaha dan tertib wali berdasarkan undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Menariknya, buku ini memuatkan kes-kes yang berkaitan dengan langkau wali yang berlaku di Malaysia. Buku ini amat sesuai dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan yang penting kepada pengamal undang-undang syariah, ahli akademik dan pelajar undang-undang. Dengan penerangan yang mudah difahami, buku ini juga sesuai dibaca dan dijadikan rujukan oleh orang awam bagi meningkatkan kefahaman berkaitan hukum perwalian dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia.