Terukirnya Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik Malayonesia

RM37.00
9789674612429
3 item(s)
+

Terukirnya Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik Malayonesia

Author: Shaharir b.M.Z
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9789674612429
Weight: 0.42 kg
Pages: 223
Year: 2018
Price: RM37

Siapakah Melayu, Kunlun dan Jawi? Mengapakah Tamadun Melayu yang dijenamakan semula di sini sebagai Tamadun Malayonesia tidak dikenali dunia? Tahukah anda bahawa Tamadun Malayonesia adalah pencipta angka perpuluhan dengan angka kosong tertua di dunia? Ada lagikah unsur sains ciptaan umat Malayonesia mendahului umat Eropah sebelum abad ke-19 M? Buku ini ada jawaban yang menggegarkan pembaca terhadap soalan-soalan ini. Kehebatan sains dan matematik umat Malayonesia yang baharu disembulkan ini diharap mampu menyegarkan jiwa ilmu bangsa Melayu Malaysia khususnya. Kejahilan umat Melayu Malaysia tentang pencapaian sains dan matematik mereka sendirilah yang menjadi satu daripada punca mudahnya pemimpin, inteligensia dan cendekiawan terpasung mengenyahkan semula bahasanya sendiri di persada bahasa pengantar ilmu itu sejak 2003 atas nama keramatnya PPSMI, dan sejak 2016 pula menyamar sebagai DLP. Buku ini memuatkan perbahasan isu ini antara penulis dengan bapa PPSMI, Dr. Mahathir, dan penyokong tegarnya, PAGE. Sangkalan penulis terhadap hujah-hujah kewajaran DLP di sini juga sepatutnya mencabar pembaca akan naifnya menerima kebaikan penjelma PPSMI ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI