Tidakkah Engkau Melihat: Menyingkap Tadabbur Kisah di Sebalik Ayat Alam Tara
Author: Azrul Azlan, Nur Hanani, Ammar Redza, Maryam Hasni, Fakhrul Islam, Nik Nur Ezirah, Noraini Mat Din, Uzair Izham, Nur Cahaya, Faris Murtadha, Ajwad Shafie
Publisher: Tadabbur Centre
ISBN: 9789671708477
Weight: 0.4kg
Pages: 144pp
Year: 2022
Price: RM20
Salah satu mukjizat al-Quran ialah al-i’jaz al-bayani. Ia mempunyai kaitan dengan gaya bahasa dan ungkapan al-Quran serta membabitkan pemilihan perkataan dan penyusunannya sehinggalah ragam struktur ayat al-Quran.
Ayat-ayat yang bermula dengan Alam Tara ( yang bermaksud: tidakkah kamu melihat?) adalah antara fenomena ungkapan bahasa dalam al-Quran yang mampu memberikan kesan kepada hati, jiwa dan pemikiran sekiranya difahami melalui neraca yang betul.
Ayat-ayat yang bermula dengan kalimah ini disebutkan lebih daripada 30 kali dalam al-Quran.
Buku ini menghimpunkan tadabbur ayat-ayat Alam Tara yang mengajak manusia agar berfikir dan mencari pengajaran disebalik peristiwa atau kisah yang berlaku sama ada di depan mata kita atau peristiwa yang telah berlaku dalam lipatan sejarah.
Meskipun Allah telah memusnahkan kaum terdahulu, namun sifat mereka masih wujud dalam kalangan manusia akhir zaman.
Al-Quran dahulu telah dapat mentarbiyah mereka, bagaimana pula al-Quran yang sama ini dapat mentarbiyah diri kita sekarang ?