Tiga Wajah
Author: Kassim Ahmad
Publisher: The Biblio Press
ISBN: 9786297733494
Weight 185 gsm
Pages: 177 m/s
Year: 2025
Price: RM 35.00
Tiga Wajah yang sedang pembaca pegang sekarang adalah termula daripada suatu kerja penggalian yang tak terancang.
Almarhum Kassim Ahmad, seorang filsuf, pengarang, pemuisi, dan guru bangsa Malaysia, telah menulis banyak rencana dan keria kreatif dalam beberapa majalah lokal kita sekitar 80-an dan 90-an.
Memikirkan ia suatu kerugian sekiranya tidak dikongsikan kepada khalayak, karangan-karangan ini mula dikumpulkan supaya boleh ditekuni diharapkan dapat diteladani, dialterasi dan diaplikasi.
Dalam Tiga Wajah, kalian pembaca dapat bertemu Kassim Ahmad dalam wajah seorang cerpenis dalam bahagian Prosa yang menampilkan dua buah cerpen beliau; seorang sasterawan dalam bahagian Sastera yang memperlihatkan rencana-rencana pendapat beliau berkaitan sastera; seterusnya memakai sepatu seorang pemikir lewat bahagian Agama (Islam).
Selamat membaca!