Tikaman Madah II ini membawakan pesanan dan amaran kebaikan untuk kehidupan masyarakat moden hari ini.
Kata-kata yang digunakan memakai nilai pengetahuan dan teknologi baru supaya makna-makna yang terselindung pada aras dalaman sesuai dirujuk untuk kehidupan yang menerima perubahan zaman, selain mengekalkan nilai keagamaan yang menjadi teras kebudayaan tradisi yang dilangsungkan dalam keyakinan yang membentuk pegangan yang tidak berubah hingga hari ini.
Penulis ialah Hj Anual Bakri Haron, mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.