Tok Guru: Sebuah Catatan Perjalanan Spiritual
Penulis: Habibul Izzah Ahmad
Penerbit: Baytul Hikma
ISBN: 978-967-13826-8-4
Tahun: 2017
Halaman: 236 muka surat
Buku ini mengandungi catatan pengalaman peribadi penulis tentang bagaimana seorang ulama menyantuni mad’unya secara tidak langsung melalui perbualan, perbincangan, teguran dan lontaran kata-kata hikmah yang berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang, bermula daripada kerja-kerja penyelidikan dan penulisan semula buku Biografi Awal Toko Guru (2007) daripada tesis Bachelor penulis tahun 1993/97 di Jabatan Pengajian Media UMKL, sehinggalah penulis dijemput bertugas sebagai Penolong Pengarah R&D di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) pada 1 Disember 2013 hingga 30 Disember 2014, setelah Tuan Guru bersara daripada jawatan politik. Bimbingan secara tidak langsung ini rupa-rupanya telah meninggalkan kesan yang besar dalam diri penulis yang pada ketika itu sedang mencari lampu dan pemandu hidupnya.