Tokoh-Tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (2)

RM60.00
9789832391548
3 item(s)
+

Tokoh-Tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (2)

Editor: Ismail Che Daud
Publisher: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
ISBN: 9789832391548
Weight: 
Page: 585
Year: 2021
Price: RM60

Buku ini adalah sambungan kepada buku pertama yang telah diterbitkan sebelum ini. Bezanya, kalau buku pertama menyenaraikan tokoh-tokoh ulama' yang meninggal sebelum tahun 1957, maka buku kedua ini mengandungi nama-nama ulama' yang meninggal selepasnya, hingga tahun 2000.

 Hampir semua ulama' dari berbagai negeri di Semenanjung Melayu terwakili dalam buku ini; berawal dengan negeri Legor (Bahasa Thai: Nakhon Si Thammarat) di sebelah utara, membawa kepada negeri-negeri Melayu di selatan seperti Patani, Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Setiap negeri, paling sedikit, menunjukkan seorang ulama' sebagai wakilnya, kecuali, dengan maai, bagi negeri-negeri Johor, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang yang tidak terwakili kerana memang tidak ada penulis yang bersedia menulis dan menghantar tulisan-tulisan mereka untuk dibukukan.

Antara yang terkandung dalam buku kedua ini termasuklah nama-nama ulama' seperti Pak Da Eil Patani, Haji Yaakub Legor, Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (Kelantan), Haji Abdullah Langgar (Kedah), Haji Wan Abdul Latif (Terengganu), Syeikh Idris al -Marbawi (Perak), Haji Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka), Ustaz Abu Bakar al-Asy'ari (Perlis), Haji Ibrahim Bongek, Rembau (Negeri Sembilan) dan lain-lain.

Selain kandungan utama ini, buku ini juga turut diperkaya dengan beberapa lampiran seperti Ulama Kelantan Di Rantan Orang, Ulama Muhajirin Di Kelantan dan Daftar Kematian Ulama Kelantam Hingga Tahun 2000


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI