Toleransi Dalam Islam: Prinsip dan Aplikasi
Translator: Mohd Hamim Semaon & Mohd Naim Mohd Noor
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789672158097
Pages: 135 pp
Price: RM 30.00
Toleransi merupakan salah satu prinsip agama Islam yang tidak pernah berubah. Ia tidak pernah berhasrat untuk menafikan kewujudan agama dan budaya lain. Sebaliknya ia anjal-mesra di tengah kepelbagaian dan sentiasa mengalu-alukan dialog sebagai alternatif membentuk kefahaman, keharmornian dan integrasi sosial. Menerima kepelbagaian anutan adalah bererti ketundukan terhadap ketetapan Tuhan yang bermafhum: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Hūd, 118)
Dengan slogan “Tiada paksaan dalam beragama” (al-Baqarah, 256), Islam menjadi anutan yang mesra sejagat melalui misi Rahmat Seluruh Alam. Ia dengan tegas menolak sebarang kelakuan taksub dan melampau, serta berlepas diri dari mana-mana pihak yang ekstrem, sekalipun pelakunya di kalangan muslim. Inilah di antara rahsia Islam telah tersebar dengan lancar di Timur dan Barat, serta diakui sebagai agama yang mementingkan keadilan oleh kawan dan lawan. Dari sudut yang lain, kita mendapati ada penganut anutan-anutan tertentu yang kurang senang dengan aliran yang berbeza, lalu melakar perancangan yang menyeluruh untuk menghapuskan kewujudan mereka, atau mendiskriminasi dan menyekat hak-hak mereka.
Buku ini mengupas erti
toleransi Islam menerusi teori wahyu serta praktikalitinya sebagaimana yang
telah diabadikan dalam lembaran sejarah umat Islam melalui penyaksian sejarawan
Islam dan bukan Islam. Semoga tulisan ini dapat membantu umat membentuk
kefahaman asas yang baik serta mencairkan salah faham terhadap Islam.