Tragedi Dah Mahsuri: Hadiah Daripada Tuhan

RM25.00
9789672486947
3 item(s)
+

Tragedi Dah Mahsuri: Hadiah Daripada Tuhan

Author: Noor Zila Md. Yusuf, Amir Juhari &  Umisofian Md. Yusuf
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789672486947
Weight: 
Pages: 194
Year: 2020
Price: RM25

Sambutan Aidilfitri kini sangat berbeza. Jika tahun lepas kami diuji dengan berterawih, bertadarus dan berqiamullail di rumah masing-masing. Solat hari raya juga di rumah. Ziarah-menzirahi tidak melebihi 20 orang. Duit hari raya tetap diberikan kepada anak-anak yang berkunjung. Namun, anak-anak yang jauh masih tidak pulang ke kampung. Bukan kerana derhaka tetapi taat. Taat kepada Ulil Amri.

Tahun ini sambutannya agak berbeza sedikit, malah lebih memilukan. Awal Ramadan disambut dengan penuh kesyukuran kerana boleh berterawih, bertadarus dan berqiamullail di masjid dan surau. Walaupun dengan SOP yang ketat, kami tetap bersyukur, sekurang-kurangnya dapat melunaskan tanggungjawab kepada Allah secara berjemaah. Jamuan berbuka di masjid dan surau memberi peluang kepada ramai orang untuk bersedekah dan mengutip pahala bagi sesiapa yang berpuasa tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang tersebut. Syukur ya Allah atas kurniaan ini.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. “Tragedi DAH Mahsuri” yang meragut 15 nyawa menjadi satu tragedi yang tidak mungkin kami lupai. Kenikmatan memburu Lailatulqadar pada 10 malam terakhir Ramadan benar-benar menguji ketakwaan hamba-Nya. Ujian berat diterima dengan penuh keredaan. Setiap hari berita positif COVID-19 dan kematian dalam kalangan jemaah masjid dan surau menjadi halwa telinga. Menyambut hari raya bukan lagi keutamaan kami. Menghantar, menangisi rakan-rakan jemaah yang diambil ambulans serta dikebumikan dengan SOP yang ketat mengundang pilu yang tidak bertepi. Menyambut hari raya di hospital bukan lagi luar biasa bagi kami. Tiada kunjungan daripada saudara mara dan rakan taulan, melainkan petugas-petugas kesihatan berpakaian serba putih menutup kepala hingga ke kaki. Merekalah penawar kami. Suka duka kami bersama mereka. Ikhlas membantu dan merawat kami tanpa mengira masa. Tiada baju raya, tiada kunjung mengunjung. PPElah baju raya mereka. Mengunjungi pesakit adalah rutin mereka setiap waktu tanpa mengira bangsa. Lapan jam berpeluh dalam PPE tidak pernah dijadikan alasan demi berkorban untuk negara. Apalah sangat nak dibandingkan dengan kami yang menerima rawatan, makan, tidur dan berehat di hospital menunggu masa untuk dipotong gelang putih atau pink.

Sungguh ya Allah ujian ini sangat menginsafkan kami penduduk Kariah Masjid al- Muttaqin. Kutitipkan doa buat petugas-petugas kesihatan. Semoga Allah memberi ganjaran berlipat ganda buat mereka. Teruskan berjuang memutuskan rantaian COVID-19. Doa juga buat rakan-rakan dan jiran tetangga yang pergi menhadap Ilahi. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman. Bagi sahabat yang masih dirawat, semoga cepat sembuh. Buat semua penduduk Taman Mahsuri yang terkesan dengan tragedi ini, bertabahlah. Sesungguhnya ada kemanisan di sebalik ujian ini. Allah menguji bagi yang mampu. Kluster “DAH Mahsuri” yang tak pernah kami jemput tetapi dihantar oleh Allah sebagai satu anugerah. Allah telah menyedarkan kami kerana kami terlalu lalai. Surah al-Baqarah: ayat 156 bermaksud:

“Orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah) mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI