Transformasi Pendidikan Nasional – Antara Aspirasi Dan Anjakan
Author: Hussein Haji
Ahmad
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-865-2
Year: 2016
Weight: 0.350 kg
Price: RM88
TRANSFORMASI PENDIDIKAN NASIONAL
– Antara Aspirasi dan Anjakan
mengandungi dua puluh tujuh
artikel. Kandungannya memaparkan pelbagai analisis sub tema untuk mencetuskan
kesedaran tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan nasional
ke arah mencapai aspirasi strategik yang dihasratkan oleh dasar pendidikan
melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Artikel-artikel
berkaitan telah dipilih dengan tujuan menggalakkan para pemimpin pendidikan,
pelaksana dasar dan golongan masyarakat berkepentingan, terutama sekali semua
pendidik di sekolah dan bilik darjah, supaya sentiasa memikirkan tentang strategi,
pendekatan dan metodologi baru yang lebih inovatif dan berkesan untuk menghidupkan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang transformative bagi
mencapai semua aspek tentang aspirasi sistem dan aspirasi pelajar yang dihasratkan
dalam pelan tersebut.
Himpunan artikel yang terpilih
ini meliputi lima bidang tema iaitu: transformasi dasar, transformasi
kurikulum, transformasi kepemimpinan dan pengurusan sekolah, transformasi
penilaian dan pentaksiran pembelajaran.dan transformasi pendidikan tinggi.
Terkandung dalam tema-tema tersebut ialah sorotan idea para penulis tentang
dasar dan kurikulum transformatif masa depan; pendekatan siber, digital dan ICT
dalam pembelajaran; pedagogi, penilaian dan amalan pentaksiran; ketrampilan
bahasa dan komunikasi (Melayu, Inggeris dan Bahasa dan Bahasa ketiga),
pendidikan khas dan inklusif; pendidikan agama, moral dan etika serta identiti
nasional; pendidikan teknikal dan vokesionall; pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan
dan matematik (STEM); keguruan dan profesionalisme; kemahiran berfikir aras
tinggi, kreativiti dan inovasi; penglibatan ibu bapa dan komuniti berkepentingan;
kemahiran insaniah dan pembangunan pelajar; dan keselarasan program pembangunan
pendidikan tinggi dan sebagainya.
Buku ini adalah sesuai dibaca oleh Pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, para Pengetua, Guru Besar, Guru-guru, Ibu Bapa dan orang perseorangan yang berminat dalam aspek transformasi pendidikan nasional.