Transformasi Pengajian Melayu dalam Era Generasi Z
Author: Maizira Abdul Majid, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd & Nur Yuhanis Mohd Nasir
Publisher: ITBM
ISBN: 9789674608156
Weight:
Year: 2019
Page:
Price : RM35
Naskhah Transformasi Pengajian Melayu dalam Era Generasi Z ini merupakan kumpulan makalah terpilih yang telah dibentangkan dalam Seminar SEBAHTERA 2017, iaitu Seminar Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu yang menggabungkan para cendekiawan daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malah, tema seminar tersebut juga diangkat menjadi judul naskhah ini.
Antara yang menarik dalam naskhah ini ialah cara untuk mendepani cabaran dalam mentransformasikan Pengajian Melayu pada era generasi X, Y dan Z yang mempunyai karakteristik, cabaran dalam struktur kurikulum, transformasi dalam bahan dan kaedah pengajaran serta penyelidikan, di samping cabaran yang perlu ditangani dalam Revolusi Industri ke-4 serta kesannya terhadap generasi Z.
Selain itu, fenomena “Folklor Bandaran” dalam kalangan generasi Z di negara kita juga diberikan perhatian kerana fenomena ini wujud sebagai kesinambungan tradisi lama yang menggambarkan perubahan pemikiran dan kreativiti masyarakat dalam mendepani era kontemporari. Oleh itu, sepenjulat akal fikiran, perlu dikaji tentang kecenderungan generasi Z memahami dan mendalami warisan budaya mereka di sebalik pengaruh besar gajet dan aplikasi moden dalam kehidupan seharian mereka.