​Transformasi Perundangan Zakat di Malaysia

RM27.00
9789674126230
2 item(s)
+

Transformasi Perundangan Zakat di Malaysia

Author: Ahmad Shahir Makhtar, Zaini Saohah & Shofian Ahmad

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674126230

Year: 2018

Pages: 119pp

Price: RM27.00

Buku ini membincangkan kepentingan dan keperluan transformasi perundangan dan penguatkuasaan undang-undang zakat di Malaysia. Pengurusan zakat di Malayisa yang terletak di bawah bidang kuasa Duli-Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja selaku Ketua Agama Islam Negeri ditadbir urus oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri. Sebelum merdeka sehinggalah era tahun 1990-an, beberapa transformasi perundangan zakat telah berlaku di negeri-negeri dan perkara ini telah menyebabkan berlakunya perbezaan pengurusan zakat di antara negeri-negeri. Dalam sejarah Islam, beberapa peristiwa penting telah berlaku berkaitan pengurusan dan perundangan zakat dari zaman awal Islam sejak turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berkenaan kewajipan menunaikan zakat. Buku ini turut membincangkan beberapa aspek kejayaan pengurusan dan perundangan zakat pada zaman Rasulullah SAW, Khulafa’ al_Rashidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz yang wajar dijadikan rujukan utama dalam pelaksanaan transformasi pengurusan dan perundangan zakat di negara ini. Pada hakikatnya, zakat bukanlah semata-mata suatu ibadat yang wajib ditunaikan atas dasar urusan peribadi oleh seorang individu muslim. Sebaliknya ia juga adalah suatu tanggungjawab pengurusan yang mesti dilaksanakan oleh pihak pemerintah. Oleh sebab itu aspek penguatkusaan undang-undang dari pemerintah juga ada suatu yang penting. Di Malaysia secara khusus, suatu transformasi perundangan zakat yang turut memberi perhatian terhadap aspek penguatkusaan perlu dilakukan seperti mana pada zaman awal Islam demi mengangkat martabat institusi zakat dalam semua sudut. Buku ini sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat khususnya mereka yang terlibat dengan pengurusan institusi zakat atau yang berminat dengan wacana perundangan berkaitan zakat.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI