Transformasi Struktur Ruang Awam: Suatu Penyelidikan Ke Atas Sebuah Kategori Masyarakat Borjuis
Author: Jurgen Habermas
Translator: Abdul Muein Abadi
Publisher: Penerbit UKM
Pages: 338 pp
ISBN: 9789674123321
Price: RM45.00
Karya ini ialah karya sejarah-sosiologi yang paling utuh oleh Jurgen Habermas dan ia merupakan salah satu daripada sumbangan yang paling agung dalam pemikiran politik era pasca-perang. Ia menyumbang kepada kefahaman bagi mereka yang hanya mengenali Habermas menerusi penulisan teoretikal beliau. Karya ini melatari kecenderungan beliau yang terkemudian dalam permasalahan yang berkaitan dengan pengabsahan dan komunikasi yang ditandai oleh kajian tentang asal-usul, sifat, serta evolusi pendapat awam dalam masyarakat demokratik. Dalam karya ini, evolusi interaksi ruang awam dan ruang peribadi ditelusuri dari zaman Greek hingalah ke era Barat moden – dengan fokus utama di Great Britain, Perancis, Jerman, dan Amerika Syarikat. Menerusi medium kesusasteraan borjuis, ruang awam politik yang mencabar monopoli autoriti mutlak telah dipesatkan oleh dorongan perkembangan ekonomi kapitalis di kesemua negara ini. Setiap struktur sosial yang membentuk ruang awam politik di keempat-empat negara dianalisis secara spessifik – masyarakat sivil, dunia persuratan, kelab-kelab, akhbar-akhbar, dan juga autoriti politik.
Fungsi poltiik ruang awam yang ditafsirkan menerusi metod induktif ini kemudiannya dihuraikan dari persepktif perundangan dan ekonomi politik. Kelahiran kelas-kelas membaca yang baharu dalam masyarakat boujuis telah membawa kepada kebangkitan khalayak kritis yang menuntut keakuran dasar-dasar awam kepada hasil perdebatan mereka. Pandangan-pandangan sarjana utama seperti Immanuel Kant, Georg Wilhelm Friedrich Hegel, Karl Marx, John Stuart Mill, dan Alexis de Tocqueville disintesiskan dalam menanggapi posisi pendapat awam dalam dialektika ruang awam dan ruang peribadi. Tranformasi struktur sosial ruang awam akibat kebangkitan negara berkebajikan sosial menggantikan negara berperlembagaan Liberal turut dimuatkan dalam kronologi transformasi fungsi politik ruang awam. Industri media massa, publisiti, dan pengiklanan telah dinilai sebagai memberi