Transit Rel Bandar: Kualiti Perkhidmatan Dan Kepuasan Pengguna

RM45.00
9789672518334
5 item(s)
+

Transit Rel Bandar: Kualiti Perkhidmatan Dan Kepuasan Pengguna

Author: Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim & Muhamad Nazri Borhan
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789672518334
Weight: 0.394 kg
Pages: 261pp
Year: 2022
Price: RM45

Sistem transit rel bandar merupakan salah satu mod pengangkutan awam yang menjadi elemen penting dalam pembangunan global ke arah pengangkutan mapan dan berperanan penting dalam memacu perkembangan ekonomi di kawasan bandar. Statistik melaporkan kadar penggunaan pengangkutan awam di Malaysia adalah sangat rendah berbanding pengangkutan persendirian seperti kereta dan motosikal dengan nisbah 1:4. Jumlah penggunaan pengangkutan awam di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara Asia yang lain seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Penyediaan perkhidmatan yang berkualiti tinggi sangat penting untuk meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas, pencemaran dan risiko kemalangan jalan raya. Buku ini mengadaptasikan konsep asas model indeks kepuasan pelanggan Amerika (ACSI) dalam membuat penilaian kepuasan pengguna perkhidmatan transit rel bandar di Malaysia dengan memfokuskan kepada perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel. Perbincangan yang diketengahkan dalam buku ini bermanfaat kepada pelbagai pihak seperti penyedia perkhidmatan, penggubal dasar dan perancang dalam menentu arah tuju dan merangka strategi yang berkesan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, tahap kepuasan pengguna dan sekali gus meningkatkan jumlah pengguna perkhidmatan transit rel bandar sejajar dengan agenda kerajaan Malaysia untuk menjadikan perkhidmatan ini sebagai tulang belakang kepada rangkaian pengangkutan di Bandaraya Kuala Lumpur dan meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam di kawasan bandar sehingga 40% menjelang tahun 2030.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI