Travelog Haji Mengubah Cabaran Mencari Keredaan
Author: Zainudin Abu Bakar , Mohd Nasir Ripin
Publisher: USIM Press
ISBN: 9786297636511
Page: 79 m/s
Year: 2024
Price: RM34
Buku ini merupakan pengajaran yang diperoleh oleh penulis berdasarkan pengalaman sebenar semasa mengerjakan haji. Perbincangan bab-bab dalam buku ini disusun berdasarkan pengajaran penting yang diperoleh daripada ibadah haji tersebut. Salah satu kekuatan buku ini kerana penyusunan perbincangan pengalaman disertakan contoh sebenar yang diperhatikan dan dialami sepanjang melaksanakan ibadah haji.
Buku ini sangat bermakna terutamanya kepada bakal-bakal haji yang akan mengerjakan haji nanti.Namun, suatu perkara perlu dimaklumkan iaitu walaupun pengalaman yang dipaparkan tidak semestinya akan dialami oleh bakal-bakal haji, kerana setiap rezeki dan pengalaman yang akan dilalui telah ditentukan oleh Allah SWT.