Tumbuhan Dan Herba Dari Perspektif Perubatan Moden (Jilid 1)
Editor: Ima Nirwana Soelaiman & Wong Sok Kuan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672517610
Weight: 0.283 kg
Pages: 202pp
Year: 2022
Price: RM35
Buku ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang tumbuhan dan herba yang digunakan di Malaysia dari sudut sains dan perubatan. Buku ini juga memberi penerangan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengkaji sifat-sifat sesuatu tumbuhan itu sebelum ianya disahkan selamat dan berkesan untuk digunakan sebagai ubat. Adalah diharapkan maklumat yang terkandung di dalam buku ini dapat membantu para pembaca untuk lebih berwaspada dalam menggunakan bahan semula jadi untuk merawat penyakit tanpa pembuktian yang sah mengenai keberkesanan serta keselamatannya. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan yang boleh membawa kepada kesan mudarat akibat bahan semula jadi tersebut di samping menganggu dan melambatkan implementasi rawatan perubatan moden oleh pakar-pakar perubatan. Buku ini sesuai untuk bacaan umum dan juga amat berguna sebagai buku rujukan untuk para doktor dan saintis yang ingin mendapatkan maklumat mengenai kajian penyelidikan yang telah dijalankan ke atas tumbuhan dan herba yang digunakan di negara ini. Semoga buku ini dapat membantu pembaca mengenali dan memahami produk semula jadi dengan lebih baik.