Tumit Akilis Dan Lain-Lain Esei
Author: Khalid Jaafar
Publisher: Institut Kajian Dasar
ISBN: 9789838840705
Price: RM35.00
Khalid Jaafar dilahirkan di Kampung Paya Lebar Melaka pada 1955. Melalu pendidikan menengah di Sekolah Menengah Abdul Razak, Seremban sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam dalam bidang sebaran am. Kemudian bertugas di Business Times, New Strait Times Berhad daripada 1982-88, sebelum dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk seri Anwar Ibrahim. Beliau kekal sebagai setiausaha akhbar kepada Anwar sehingga 2 September 1998. Khalid dilantik pula sebagai ketua pengarang kahbar Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Berita keadilan daripada 2000-2002 sebelum menjadi penerbit, sekaligus penulis kolumis majalah Siasah. Beliau adalah Pengarah Eksekutif di Institut Kajian Dasar (IKD) sejak 2000.
“Khalid
Jaafar adalah seorang pemikir yang cuba berkecimpung dalam bidang politik,
bukan sebaliknya. Daya godaan politik ke atas kaum pemikir bukannya sesuatu
pengalaman yang luar biasa. Malahan politik di tahap unggulnya merupakan “seni
segala yang mungkin'… Sikap romantis dan idealis (yang sangat perlu kepada
seorang pemikir) wujud di hampir kesemua esei yang dimuatkan dalam TUMIT AKILIS
– hasil tulisan singkat beliau.”
- Eddin Khoo