Tun Sir Henry Lee Hau Shik: Ahli Tokoh Perniagaan Dan Tokoh Politik
Author: Tan Miau Ing
Publisher:
UM Press
ISBN: 978-967-488-006-4
Year: 2018
Price: RM66
Lee Hau Shik (1901-1988) atau lebih dikenali sebagai H.S.
Lee merupakan salah seorang pengasas Malayan Chinese Association (MCA) dan
terlibat secara langsung dalam pembentukan Parti Perikatan, iaitu Barisan
Nasional hari ini. Beliau juga merupakan Menteri kewangan yang pertama bagi
Tanah Melayu yang baru merdeka. Lahir di Hong Kong dan lulusan University of
Cambridge, Lee tiba di Tanah Melayu pada usia 24 tahun untuk meneroka
perniagaan keluarganya dalam perlombongan bijih timah. Beliau kemudian muncul
sebagai seorang pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan merupakan satusatunya orang
Cina yang mewakili Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan dengan British.
Buku ini bukan hanya sebuah biografi politik H.S. Lee, tetapi juga merupakan satu kajian sejarah perniagaan dalam kajian perniagaan keluarga yang merentasi tiga generasi. Beberapa bidang industri yang kita lihat hari ini di Malaysia adalah milikan keluarga Lee suatu masa dahulu. Sesungguhnya, buku ini turut mencatatkan detik-detik penting dalam sejarah Malaysia serta membantu pembaca memahami sifat dan jenis kepimpinan yang berbeza dalam masyarakat Cina di Tanah Melayu.