Ulama Alam Melayu: Perjuangan, Pemikiran dan Sumbangan

RM54.00
9789831008551
2 item(s)
+

Ulama Alam Melayu: Perjuangan, Pemikiran dan Sumbangan

Editors: Abu Hanifah Haris, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi & Makmor Tumin

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831008551

Weight: 0.4 kg

Pages:  182 pp

Year: 2024

Price: RM54

Buku ini membincangkan perjuangan, pemikiran, dan sumbangan ulama Alam Melayu pada awal abad ke-20 sehingga awal abad ke-21, termasuk dari segi peranan mereka. Perbincangan buku ini melibatkan ulama dari seluruh Alam Melayu seperti Malaysia khususnya dari negeri Perlis, Perak, Kelantan dan Johor. Buku ini turut membincangkan ulama dari wilayah lain di Alam Melayu seperti Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan selatan Filipina. Penulisan ini wajar dibaca oleh para pelajar, ahli akademik, dan orang awam yang berminat dengan sejarah dan sumbangan ulama Alam Melayu, khususnya ulama kontemporari yang hidup pada awal abad ke-20 sehingga awal abad ke-21. Meskipun ulama menguasai aspek keagamaan, namun mereka tidak hanya menyumbang kepada ilmu dalam aspek pendidikan Islam semata-mata, malahan mereka turut memainkan peranan yang signifikan dalam lapangan politik, ekonomi, dan sosial.

Dalam aspek politik, ulama Alam Melayu bukan sahaja terlibat dalam perjuangan menentang penjajah, tetapi juga turut bertanggungjawab menyatukan masyarakat dengan nilai Islam bagi menyebarkan gerakan dakwah yang progresif dan dinamis. Pada masa yang sama, terdapat juga ulama Alam Melayu yang memainkan peranan besar dalam pendidikan, memperkembangkan ilmu agama Islam, dan menulis pelbagai kitab termasuklah tafsir, serta buku dan artikel dalam akhbar dan majalah, malahan sumbangan mereka dalam kegiatan dakwah dan pemerkasaan akidah umat Islam. Dalam aspek pemikiran, ulama Alam Melayu juga tegas mempertahankan pemikiran yang menjadi pegangan mereka, termasuklah pemikiran Islam, selain berjuang bagi memaparkan peranan dan sumbangan ulama Alam Melayu kepada masyarakat.

Semua ini menonjolkan keunggulan dan keistimewaan ulama Alam Melayu sebagai susuk yang serba boleh, iaitu tidak hanya memberikan sumbangan yang penting dalam lapangan pendidikan Islam yang menjadi teras kekuatan mereka sahaja, malah juga cemerlang dalam lapangan politik, ekonomi, dan sosial sebagai modal bagi membolehkan mereka terus mencurahkan jasa dan bakti demi agama, bangsa, dan negara.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI