Ulama Besar dari Patani

RM40.00
9679425673
4 item(s)
+

Ulama Besar dari Patani 

Author: Ahmad Fathy Al-Patani
Publisher: UKM Press
ISBN: 9679425673
Weight: 
Pages: 
Year: 2002
Price: RM40

Negeri Patani termasuk antara beberapa buah negeri di Semenanjung Melayu yang melahirkan ramai para ulama. Nama-nama ulama dengan laqab al-Fatani ini cukup lumrah ditemui, apa lagi kalau kita rajin menyemak “kitab-kitab kuning” karangan mereka. Buku ini mengandungi sejumlah 40 tarajum ulama besar negeri Patani dalam rentang waktu antara penghujung abad ke-18 hingga penghujung abad ke-20, dimulai dengan tokoh pertama, Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok (wafat 1780-an) dan diakhiri dengan Haji Ahmad bin Abdul Wahab al-Fusani (wafat 1996). Sepanjang tempoh dua abad lebih sedikit ini, negeri Patani menyaksikan kemunculan ramai tokoh-tokoh ulama terkemukanya yang datang silih berganti mengambil tempat dan memainkan peranannya yang sangat besar dalam sejarah negerinya, tak hanya dalam bidang agama, akan tetapi juga dalam bidang ilmu, pemikiran, politik dan pembentukan sistem nilai dan budaya hidup masyarakatnya.

Buku ini boleh dijadikan rujukan utama umat Islam khususnya golongan pendidik dan pendakwah di Malaysia dalam usaha membentuk kesolehan diri, seterusnya melahirkan generasi umat yang soleh demi agama, bangsa dan negara.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI