​Umdat al-Muḥtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin

RM55.00
9789672422648
1 item(s)
+

Umdat al-Muḥtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin

Author: Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf bin ‘Alī al-Fanṣūrī al-Jāwī 
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 9789672422648
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM55

‘Umdat al-Muḥtājīn ilā Sulūk Maslak al-Mufridīn ialah sebuah kitab ‘aqidah dan amalan tasawuf seharian karangan Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf bin ‘Alī al-Fanṣūrī al-Jāwī (m. 1693M). Dalam bahasa Melayu-Jawinya, kitab ini bermaqsud ‘Perpegangan Segala Mereka yang Berkehendak kepada Menjalani Jalan Segala Orang yang Menunggalkan DiriNya’.

‘Umdat al-Muḥtājīn adalah kitab yang menyatakan perkara yang wājib diketahui oleh seorang mukallaf berkenaan ‘aqīdah Islām. Buku ini terkandung tujuh fasal ya‘ni fawā’id yang dibahagikan dengan jelas oleh Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf iaitu berkenaan aqidah, dhikir, keutamaan kalimah lā ilāha illā’Llāh dan manfaat mengamalkannya, wirid dan amalan sunnah dan permasalahan akhlaq yang ditempuh oleh orang salik.

Buku ini dihasilkan berdasarkan kajian terhadap naskhah manuskrip yang terdapat di Perpustakaan Nasional Jakarta dan Perpustakaan Negara Malaysia. Pengkaji membahagikan buku ini kepada dua bahagian, iaitu pertama, latar belakang Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf bin ‘Alī al-Fanṣūrī al-Jāwī dan pengenalan ringkas naskhah ‘Umdat al-Muḥtājīn; dan kedua, perumian ‘Umdat al-Muḥtājīn. Sumber dan martabat hadith yang didatangkan oleh Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf dinyatakan dengan jelas dan dimurnikan. Manuskrip asal yang dikaji juga dilampirkan untuk rujukan pembaca.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI