Undang-Undang Air: Isu Semasa Di Malaysia
Editor: Rasyiksh Md Khalid & Wan Siti Adibah Wan Dahalan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516217
Weight: 0.229 kg
Pages: 141pp
Year: 2021
Price: RM30
Air adalah nadi kehidupan. Tanpanya; kelangsungan kehidupan akan tergugal Kelangsungan sumber air bagi perbekalan air yang mampan pula akan tergugat jika kawasan tadahan dan badan air termasuk sungai dan tasik tercemar. Maka lembangan sungai perlu diurus dengan sebaiknya bagi mengurangkan risiko pencemaran sumber air secara khusus dan pencemaran alam sekitar secara amnya. Bab-bab di dalam buku ini meneliti permasalahan yang menyebabkan masalah air di negara ini dari aspek perundangan la menjelaskan beberapa isu seperti penggunaan air bawah tanah dan air tidak berhasil dari aspek perundangan. la juga mengutarakan beberapa cadangan bagi membantu pengurusan sumber air mengikut konsep lembangan sungai di beberapa negeri seperti Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak. Perbincangan mengenai pengurusan lembangan sungai masih asing di Malaysia. Semoga penulisan bab-bab buku ini memberi penjelasan dan meningkatkan pemahaman terhadap konsep pengurusan sumber air dan lembangan sungai yang lebih bersepadu dan mampan bagi menjamin kelestarian alam sekitar dan sektor air di Malaysia, untuk generasi ham ini dan akan datang