Undang-Undang dan Masyarakat
Author: Salleh Buang
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834919603
Weight:
Pages: 364
Year: 2021
Price: RM50
Undang-Undang dan Masyarakat merupakan kesinambungan karya Salleh Buang dalam genre yang sama, iaitu koleksi makalah undang-undang untuk bacaan umum yang pernah diterbitkan dalam beberapa akhbar dan portal tempatan. Buku ini merupakan kompilasi keempat karya penulis yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, selepas kompilasi pertama diterbitkan pada tahun 1997, kompilasi kedua dan ketiga diterbitkan pada tahun 2007 bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50 tahun negara kita. Kompilasi terbaharu ini mengandungi 78 makalah disusun dalam tujuh bahagian, iaitu masyarakat celik undang-undang, masyarakat dan mahkamah, masyarakat dan jenayah, masyarakat dan politik, masyarakat dan ekonomi, masyarakat dan kemanusiaan, dan masyarakat dan hubungan antarabangsa.