​Undang-Undang dan Masyarakat: Tuntutan Persendirian

RM35.00
9789674129590
3 item(s)
+

Undang-Undang dan Masyarakat: Tuntutan Persendirian

Author: Rahmah Ismail, Mazliza Mohamad & Rasyikah Md Khalid

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674129590

Pages: 180pp

Weight: 0.22kg

Year: 2019

Price : RM35

Undang-undang merupakan satu instrumen perubahan. Undang-undang juga dilihat sebagai satu instrumen masyarakat yang timbul daripada keperluan untuk melindungi dan memperkasakan kepentingan masyarakat. Tujuan undang-undang adalah untuk mengawalselia kehidupan dan menjamin kesejahteraan masyarakat. Undang-undang bertindak sebagai mekanisme integrasi untuk mengekalkan dan membangunkan integrasi sosial. Undang-undang mempunyai pelbagai peranan dalam masyarakat antaranya, kawalan sosial, menyelesaikan pertikaian, pemudah cara atau fasilitator, pengintegrasian, jurutera sosial dan kebajikan sosial. Masyarakat pula bermaksud, satu entiti asas atau kesepaduan sosial yang stabil, diwujudkan berdasarkan persetujuan bersama dalam kalangan individu dan kumpulan yang mewujudkannya, berdasarkan nilai-nilai, idea dan fungsi masyarakat asas. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa masyarakat terdiri daripada individu dan kumpulan yang mempunyai kepentingan yang pelbagai dan bercanggah dan mengejar matlamat kepentingan sendiri. Justeru undang-undang dibentuk hasil daripada nilai dan tindakan pihak yang memegang kuasa ekonomi, sosial dan politik serta digunakan sebagai mekanisme paksaan. Undang-undang berfungsi sebagai satu senjata ampuh bagi memastikan keadilan sentiasa terlaksana di segenap strata masyarakat, tanpa mengira pihak yang terlibat itu sama ada seorang individu atau mereka yang bergerak secara kolektif. Buku ini merupakan koleksi bab dalam buku yang memaparkan peranan undang-undang dalam masyarakat dalam tuntutan persendirian berhubung dengan kecuaian perubatan, kacau ganggu dalam perundangan alam sekitar, pelanggaran privisi jualan barang, jual janji dan hartanah wakaf.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI