Undang-Undang Islam Malaysia dan Indonesia: Kesatuan dalam Kepelbagaian

RM86.00
9789674883355
2 item(s)
+

Undang-Undang Islam Malaysia dan Indonesia: Kesatuan dalam Kepelbagaian


Author/ Editor: Ahmad Hidayat Buang & Siti Zubaidah Ismail
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674883355
Weight: 0.5
Pages: 362 pp
Year: 2024
Price: RM86

Undang-Undang Islam mempunyai kedudukan yang amat signifikan di bawah sistem perundangan nasional di Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua negara serumpun ini mempunyai banyak persamaan dan perbezaan dalam konteks pengkanunan dan pelaksanaan undang-undang Islam. 

Persamaan ini membolehkan kedua-dua negara saling merujuk, mencontohi dan mendukung antara satu sama lain. Dengan kata lain, para akademia dan pengkaji kedua-dua negara sentiasa ternanti-nanti karya terkini yang mengandungi input ilmiah mengenai perkembangan semasa pelaksanaan undang-undang substantif, amalan, isu serta cabaran yang dihadapi di kedua-dua
negara. 

Persamaan dan perbezaan inilah yang cuba diraikan oleh buku ini yang berusaha menyatukan pelbagai topik berkisar undang-undang Islam tentang harta, wakaf, halal, ekonomi, pelancongan dan jenayah. Buku ini sesuai dibaca oleh mahasiswa, pengkaji, pengamal undang-undang ahli akademik serta orang awam di Malaysia dan Indonesia.                                                                                                                                                                                                             


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI