Undang- Undang Jenayah dan Masyarakat di Malaysia

RM25.00
9789674129958
2 item(s)
+
Undang- Undang Jenayah dan Masyarakat di Malaysia

Author: Ramalinggam Rajamanickam & Mohamad Rizal Abd Rahman

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674129958

Pages: 115pp

Weight: 0.172kg

Year: 2019

Price: RM 25.00

Keselamatan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Kehidupan yang selamat diinginkan oleh setiap individu ke arah menjamin kebahagiaan dan keharmonian. Satu aspek keselamatan ialah kehidupan yang bebas daripada jenayah. Kewujudan jenayah akan menyebabkan masyarakat hidup dalam dalam keadaan yang takut, terancam dan terganggu.

Oleh itu, undang-undang menjadi wahana yang berperanan penting dalam mengawal selia jenayah dalam kalangan masyarakat. Undang-undang memainkan peranan dalam memastikan aturan dan kelangsungan sosial terus terpelihara mengikut acuan yang ditetapkan. Lantaran itu, undang-undang harus terus berkembang mengikut peredaran masa dan zaman kerana kepelbagaian jenayah sama ada dari segi jenis atau tekniknya yang baharu menuntut pembaharuan dalam undang-undang.

Sehubungan dengan itu, buku ini menghimpunkan isu-isu jenayah dalam masyarakat yang menjadi perbincangan hangat dari semasa ke semasa. Buku ini dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada semua lapisan masyarakat, termasuk khalayak umum.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI