Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga di Malaysia
Author: Daleleer Kaur Randawar, Najibah Mohd Zin
Publisher: IIUM Press
ISBN: 9789674910822
Weight:
Pages:
Year: 2021
Price: RM95
Buku ini membincangkan jenayah keganasan rumah tangga di Malaysia. Pengarang membincangkan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan beberapa undang-undang tambahan lain. Oleh kerana berlakunya beberapa perubahan undang-undang dalam bidang ini, penerbitan buku ini penting bagi menjelaskan mengenai pindaan dan perkembangan terkini, sama ada dari aspek pelaksanaan atau undang-undang kes. Pengarang menerangkan dengan jelas prinsip undang-undang keganasan rumah tangga dari sudut perlindungan kepada mangsa. Perbandingan juga dibuat dengan undang-undang lain yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga yang mempengaruhi fungsi hukum ini. Analisis dan perbincangan yang diberikan oleh pengarang membantu pembaca memahami aspek asas dan yang lebih rumit mengenai keganasan rumah tangga. Perbandingan dengan bidang kuasa tertentu dipilih untuk memberikan pandangan dan seterusnya mencadangkan pembaharuan yang diperlukan agar sesuai dengan arus perubahan dan kemodenan dalam masyarakat yang sedang berkembang pesat. Buku ini adalah suatu sumber ilmu perundangan yang tidak ternilai buat para pelajar, penyelidik, Sarjana dan pengamal undang-undang dalam memahami pelbagai isu keganasan rumah tangga di Malaysia dengan melihat beberapa kes terpilih yang diangkat oleh pengarang di dalam buku ini.
DALELEER KAUR RANDAWAR, Ph.D, profesor madya di Fakulti Undang undang, Universiti Teknologi MARA Malaysia.
NAJIBAH MOHD ZIN, Ph.D, profesor undang-undang di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.