​Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia Edisi Kedua

RM20.00
9789834612801
2 item(s)
+

Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia Edisi Kedua

Author/Penyelenggara: Kamal Halili Hassan, Rozanah Ab. Rahman

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 9789834612801

Weight: 200g

Pages: 195

Year: 2014

Price: RM20

Peristiwa kemalangan, dan bencana di tempat kerja sering terjadi kepada para pekerja terdedah kepada bahaya dan risiko yang berpunca daripada keadaan di tempat kerja. Jumlah kemalangan juga semakin meningkat terutamanya dalam sektor perindustrian seperti pembinaan dan pengilangan. Oleh yang demikian, persoalan tentang keselamatan industri semakin diberi tumpuan oleh kerajaan. Pelbagai langkah dan akta dikuatkuasakan untuk menangani kemalangan di tempat kerja. Isu ini tidak lagi dianggap sebagai takdir. Segala usaha dan tindakan positif dan bersepadu telah diambil oleh kerajaan bagi mewujudkan tahap keselamatan dan kesihatan yang tinggi di tempat kerja. Menyokong hasrat murni itu maka buku Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia Edisi Kedua ditulis dengan harapan dapat mewujudkan kawasan tempat kerja yang selamat dan sihat. Buku ini menghuraikan tanggungjawab pekerja dan majikan, penguatkuasaan akta, undang-undang pada peringkat antarabangsa. Contoh kes yang boleh dijadikan iktibar berkaitan dengan keselamatan industri turut dipaparkan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh pengamal industri, organisasi, para pelajar undang-undang serta orang awam yang berminat untuk mengetahui perundangan keselamatan industri di negara ini.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI