Universiti Kebangsaan Malaysia: Sejarah Penubuhan (cet.3)

RM40.00
9789679427141
1 item(s)
+

Universiti Kebangsaan Malaysia: Sejarah Penubuhan (cet.3)

Author: Mohd Ali Kamaruddin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679427141
Weight: 0.434 kg
Pages: 243pp                                                                                                                
Year: 2017
Price: RM40

Lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 adalah hasil perjuangan dan semangat nasionalisme golongan cendiakawan sejak tahun 1920-an lagi. A. Kadir Adabi mencetuskan idea penubuhan sebuah universiti yang berciri kebangsaan ditubuhkan dengan tujuan untuk memajukan masyarakat Melayu di samping memartabatkan bahasa Melayu ke arah yang lebih tinggi. Namun begitu, idea tersebut telah tercatat malah perkembangan pendidikan Barat bertapak kuat di Tanah Melayu. Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan telah menghidupkan kembali semangat terhadap penubuhan sebuah universiti yang akan menjadi institusi pendidikan lanjutan bagi pelajar lepasan sekolah aliran Melayu. Dalam zaman British, sistem persekolahan Melayu sekadar untuk menghapuskan buta huruf di peringkat minimum sahaja agar masyarakat Melayu terus hidup dalam kejahilan dan setakat menjadi kuli penjajah. Murid-murid di sekolah Melayu bukan sahaja tidak mampu menimba pelajaran dan pendidikan di peringkat menengah dan menamatkan pengajian pada peringkat umur yang terlalu muda, malahan mereka juga terpaksa pulang semula ke kampung untuk meneruskan pekerjaan tradisi ibu bapanya sebagai petani dan nelayan tradisional. Namun begitu, atas usaha yang berterusan sekumpulan cerdik pandai terutamanya dalam Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS) telah merealisasikan penubuhan Universiti Kebangsaan. Tertubuhnya universiti ini bukan sahaja menandakan bermulanya sejarah baru dalam perkembangan sistem pendidikan negara, malah Universiti Kebangsaan telah Berjaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tinggi negara. 

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI