​Unsur Alam Dalam Puisi Melayu Moden

RM40.00
9789679429268
2 item(s)
+

Unsur Alam Dalam Puisi Melayu Moden

Author/Editor: Zurinah Hassan

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679429268

Weight: 300g

Pages: 266

Year: 2010

Price: RM40


Penggunaan unsur alam amat penting dalam proses kreatif seorang penyair. Unsur alam seperti laut, gunung, langit, awan, bulan, hujan, kabus, sungai, pelbagai jenis haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya sering digunakan clalam puisi Melayu baik puisi moden mahupun puisi tradisi. Ternyata alam sangat penting clalam puisi dan penciptaan puisi. Proses kreatif penyair Melayu telah berlaku melalui proses interaksi, interpretasi dan integrasi dengan alam. Interaksi bermaksud penyair berkomunikasi, bercakap dan bertindak balas dengan alam. Interpretasi bermakna penyair mentafsir setiap objek alam sebagai membawa makna yang lebih besar, manakala integrasi membawa maksudpenyair menganggap alam adalah sama dan menyatu dengan dirinya. Penyair Melayu telah membentuk ribuan metafora daripada unsur alam ini bagi membawa makna tertentu dan menyampaikan maksud puisi. Misalnya, sungai membawa pengertian perjalanan hidup manusia, gunung membawa makna hasrat atau cita-cita yang tinggi, pepohon rendang untuk membawa pengertian perdamaian dan kasih sayang, hujan bermaksud rahmat dan kesuburan. Unsur alam yang digunakan dalam puisi adalah terlalu banyak dan pelbagai. Buku ini mengupas penggunaan alam dalam puisi. Kandungan buku ini dapat dijadikan panduan untuk memahami penggunaan perlambangan metafora, simile dan personifikasi dalam puisi Melayu, khasnya puisi moden (sajak).


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI