Uwais al-Qarni : Mutiara Sufi yang Tersembunyi dan Terbaik dalam Kalangan Tabiin

RM25.00
9789671897690
Out of stock

Uwais al-Qarni : Mutiara Sufi yang Tersembunyi dan Terbaik dalam Kalangan Tabiin

Authors: Maulana Uwais Ahmed Akhtarul Qaderi, Najibah Abu Bakar (Editor)
Publisher: Biblio Press
ISBN: 9789671897690
Weight: 0.2kg
Pages: 147pp
Year: 2021
Price: RM25

Ini sebuah kisah penuh keajaiban yang begitu mencabar keimanan kita terhadap Maha Penguasa.

Manusia pertama, Adam ialah keajaiban teragung. Begitu juga mukjizat yang dibuktikan oleh para Nabi, dari Adam hingga Muhammad, serta para solihin dan wali Allah dalam lipatan sirah. Tiada penjelasan yang rasional mengenai keajaiban-keajaiban ini, apatah lagi hujah untuk menolaknya.

Rasulullah pernah berpesan kepada Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib untuk mencari Uwais. "Carilah ia (Uwais al Qarni), dan mintalah kepadanya agar memohonkan ampun untuk kalian," sabda Rasulullah seperti diriwayatkan dalam hadist Shohih Muslim.

Siapa sebenarnya Uwais al Qarni sehingga begitu istimewa bagi Rasulullah?

Kami memutuskan untuk menerbitkan kisah ini dengan keyakinan bahawa Uwais al-Qarni bukanlah sebuah mitos, empunya nama ini benar-benar hidup pada zaman Rasullulah. Gaya hidup dan kecintaanya yang tinggi terhadap Nabi memungkinkan kewujudan beliau diperakukan oleh Nabi, walaupun kedua-duanya tidak pernah bertemu secara bersemuka, namun kedua-duanya saling berhubung secara misteri.

Kisah ini berkisarkan keperibadian beliau yang tersembunyi, yang selalu terselindung daripada pandangan khayalak. Kehidupannya adalah ketakwaan, selalu dekat dengan Sang Pencipta. Kecintaannya terhadap kesunyian dan tawakkul (keberserahan kepada Allah) ialah akar kepada kisah ini. Hidup beliau meningatkan kita akan sabda Nabi, "Tidak ada antara kalian yang boleh menjadi orang yang benar-benar beriman sehingga dia memandang Allah dan Rasul-Nya sebagai yang lebih disayangi daripada yang lain."

Sehari sebelum Maulidur Rasul, marilah kita menghayati sosok mulia Uwais al-Qarni ini yang mengondong ibu dari Yaman ke Mekkah, yang tidak pernah melupakan Allah sesaat dalam hidup dan pernah mencuba untuk berjumpa Baginda Rasullulah walaupun gagal.

Marilah kita mengenali perwatakan Uwais ini yang disanjung tinggi oleh Rasullulah saw.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI