Vitaliti Bahasa Masyarakat Che Wong
Author: Sa'adiah Ma'alip
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547398
Weight: 0.322
Pages: 216
Year: 2023
Price: RM25
Syukur alhamdulillah kehadirat Allah SWT kerana dengan in-Nys buku Vitalin Bahasa Masyarakat Che Wong dapat dilakukan dan diselesaikan Buku berkaitan bidang sosiolinguistik ini adalah bertaj untuk memberikan informasi yang berhubungan dengan vitaliti bahasa dengan secara khususnya merujuk kepada masyarakat Orang Asli Che Wong Buku ini diharapkan dapat memberikan pemahaman mengenal kajian sosiolinguistik dalam aspek yang dibincangkan secara khusus merujuk masyarakat Orang Asli Che Wong. Buku ini merupakan kajian deskriptif mengenai kesan setiap dan aspek masyarakat, termasuk norma budaya, konteks dan bahasa yang digunakan dalam situasi sosial yang berbeza. Dalam buku ini aspek sosiolinguistik dipaparkan dalam kajian yang dilakukan mengenai variasi bahasa, penguasaan, pemilihan dan penggunaan serta sikap bahasa dalam kalangan kumpulan masyaraicat bahasa Che Wong dengan melihat status sosial, umur, kaum, jantina, keluarga, unit persahabatan, dan lain-lain.
Buku Vitaliti Bahasa Masyarakat Che Wong sudah tentu tidak akan dapat diterbitkan tanpa sokongan dan bantuan daripada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Buku ini telah dibiayai oleh Dana Penerbitan Buku (DPB-2021-035). Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu yang telah memberikan dorongan untuk menghasil sebuah buku dalam bidang sosiolinguistik ini. Amat diharapkan agar usaha penerbitan buku ini dapat memberi sumbangan dan turut melonjakkan penerbitan buku di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan amnya dan kuhusnya penerbitan di UKM.
Sebagai penulis, dengan rendah hati saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam kajian yang dijalankan dan proses penyempurnaan buku ini. Ucapan setinggi terima kasih buat Prof. Emeritus Dato' Dr. Teo Kok Seong yang sentiasa memberi dorongan, amat membantu dan begitu prihatin terhadap penulis. Semoga Allah SWT memberikan rahmat, atas segala keikhlasan dan hasil kerja yang telah dilakukan.