Wacana Falsafah Sains: Sejarah Dan Pemikiran

RM35.00
9789675417306
Out of stock

Wacana Falsafah Sains: Sejarah Dan Pemikiran

Author: Abdul Rahman Hj. Abdullah

Publisher:

ISBN: 9789675417306

Weight: 0.300 kg

Pages: 304

Year: 2010

Price : RM35

Buku ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama menelusuri kelahiran ilmu sains di dunia Timur yang bersifat holistik, serta pengalirannya ke dunia Barat yang berubah kepada orientasi sekular. Dalam perkembangan politik dan sains di Barat, mereka yang memainkan peranan besar di belakang tabir ialah golongan Yahudi melalui gerakan-gerakan rahsia seperti The Knights Templar, Rosicrucian, Illuminati dan Freemason. Bahagian kedua pula membahaskan tentang variasi dan malah kontradiksi dalam falsafah sains moden, baik dari segi ontologi, epistemologi mahupun aksiologi. Sama seperti kontradiksi antara sistem kapitalisme dengan sosialisme yang masing-masingnya merupakan cetusan idea Yahudi belaka, maka sifat variatif dan kontradiktif dalam sains moden juga didalangi oleh golongan Yahudi untuk menjauhkan manusia daripada agama. Walaupun falsafah sains Islam juga bersifat variatif tetapi ia tidak kontradiktif malah begitu intrgratif atau saling menyatu dan menyempurnakan satu sama lain. Dan paling penting sekali, sains Islami mendekatkan manusia kepada Allah SWT.

Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah ialah Felo Bersekutu di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia. Sebelum ini beliau bertugas sebagai pensyara dalam bidang Falsafah sejarah (Philosophy of History) dan Sejarah Pemikiran (Intellectual History) di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh di universiti yang sama.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI