Wacana Peradaban Menjana Modal Insan
Editor: Jawiah Dakir & Rosilawati Mohd Hanapi
Publisher: UKM
Press
ISBN: 9789674123581
Weight: 0.100
Kg
Pages: 142
Pp
Price: RM25
Hadhari yang berakar kata daripada perkataan hadharah
dalam bahasa Arab membawa maksud peradaban. Peradaban atau hadharah ini
merupakan tonggak utama dalam membangunkan masyarakat ibarat saraf tunjang yang
mengawal seluruh anggota tubuh manusia. Tidak hanya pencapaian sains dan
teknologi yang layak dijadikan kayu ukur dalam kemajuan masyarakat. Masyarakat akan dapat dibangunkan apabila
modal insan di dalamnya dibangunkan terlebih dahulu. Sejarah kaum-kaum terdahulu
dalam al-Quran menceritakan musnahnya kaum Nabi Nuh as, Nabi Luth as adalah
kerana mengamalkan perbuatan keji dan dilarang oleh Allah SWT. Dalam suasana
hari ini, usaha membangunkan modal insan amat diperlukan bagi menangani masalah
keterlanjuran dan kebebasan dalam hubungan sosial, budaya, etika, pemikiran,
kepimpinan, ekonomi, sains dan teknologi, perubatan dan alam sekitar yantg
semakin meruncing. Usaha berterusan perlu digembeleng agar masyarakat dapat
hidup dengan membicarakan aspek fundamental dalam agama Islam bagi melahirkan insan
yang berkualiti, teguh budi pekerti, mantap ideologi, malah taat kepada Ilahi.
Buku ini antara sumbangan institut yang diharapkan mampu menjadi sumber
inspirasi kepada kita dalam membangunkan masyarakat yang Hadhari.