Wacana Teksologi Al-Qur'an
Author: Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi
Publisher: UPSI Press
ISBN: 9789672908050
Weight: 0.3 kg
Pages: 148
Year: 2021
Price: RM30
Pengajian Al-Qur'an telah berkembang dengan pesat setelah kewafatan baginda Rasulullah, hasil usaha para sahabat, tabi'in dan seterusnya sehinggalah hari ini. Kejayaan ini tidak akan berkembang dengan baik dan cemerlang menurut sejarahnya sekiranya tidak terdapat satu sistem pengajian yang rapi dan tersusun dilaksanakan untuk menjamin perkembangan ilmu Al-Qur'an hingga ke hari ini.
Wacana Teksologi Al-Qur'an ini merupakan satu usaha bagi membincangkan secara mendalam bagi pembaca awam, mahasiswa universiti dan pengkaji Al-Qur'an tentang beberapa tajuk pengajian AQur'an. Tajuk-tajuk utama yang dibincangkan ialah sejarah perkembangan penulisan teks al-Qur'an, Rasm 'Uthmani sebagai teks rasmi tulisan al-Qur'an, metodologi para mufassir dalam penafsiran teks Al-Qur'an, kisah-kisah israiliyat dalam penafsiran teks Al-Qur'an, peranan Al-Qira'at dalam pentafsiran teks Al-Qur'an dan tajuk terakhir metodologi.