Wacana Tentang Kaedah Bagaimana Berfikir Dengan Baik Tentang Mencari Kebenaran Dalam Ilmu-Ilmu
Penulis: Rene Descartes
Terjemahan oleh: Khalid Jaafar
Penerbit: Awal Nahdah Resources
Halaman: 130 m/s
ISSBN : 9789672117025
Buku ini membuka lembaran baru dalam falsafah. Dalam sejarah falsafah, Rene Descartes dikira sebagai pemula kepada falsafah moden. Wacana Tentang Kaedah Bagaimana Berfikir Dengan Baik Tentang Mencari Kebenaran Dalam Ilmu-Ilmu paling mewakili semangat falsafah moden yang dibawa oleh Descartes.
Descartes dikenali dengan slogan cogito ergo sum, tetapi di dalam buku ini ungkapan itu disebut dalam bahasa ibunda beliau: je pense donc je suis, saya berfikir, maka saya wujud. Descartes mencari kenyakinan setelah ragu terhadap segala ilmu bahkan kewujudan dirinya sendiri.
Filasuf ini turut memecah tradisi dengan menulis buku ini dalam bahasa ibundanya, bahasa Perancis, bukan bahasa masyarakat terpelajar, iaitu bahasa Latin. Beliau secara sedar ingin buku ini dibaca dengan meluas oleh bangsa beliau. Maka beliau memulakan trend gerakan bahasa-bahasa ibunda sebagai wahana Pencerahan dan bahsa pengucapan intelektual.