Wajah Sastera Melayu Moden

Contact us for a price
9789672422709
1 item(s)

Wajah Sastera Melayu Moden

Author: Mohd Affandi Hassan
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 
Weight: 
Pages: 
Year: 2025
Price: RM

Persuratan Baru ini digagaskan oleh Mohd. Affandi Hassan yang berusaha mengembalikan tradisi persuratan Islam bertunjangkan ilmu dalam sastera Melayu moden.

Ada satu masalah mendasar yang beliau perhatikan dalam suasana kesusasteraan tanah air kita. Rata-rata penulisan sastera sudah mencapai tahap ketepuan kerana kebanyakan pengarangan sastera berbentuk penceritaan.

Lebih-lebih lagi, landskap sastera masa kini lebih banyak mengangkat unsur khurafat-khayal, dongeng, hiburan dan mitos, menyebabkan sastera Melayu moden tidak dapat dibezakan dengan sastera Barat yang sarat dengan tragedi, lalu meminggirkan perkara-perkara kerohanian dan didaktisme.

Menurut beliau, keadaan inilah yang memutuskan langsung generasi baharu daripada mengenali dan membudayakan bawaan sastera Melayu tradisi yang berteraskan ‘ilmu.

Kritikan-kritikan, pesan-pesan dan buah-buah fikiran Mohd. Affandi Hassan terhadap suasana kesusasteraan tanah air banyak disuarakan dalam bentuk siaran di laman blog “Gagasan Persuratan Baru” yang dibangunkannya.

Kini, 17 daripada rencana kritis beliau itu dihimpunkan dalam satu tema dan judul; ???????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????????? ????????????????????

Buku ini memuatkan perbincangan tentang usaha-usaha sesetengah pihak yang dilihat membantutkan kemajuan sastera, sekali gus menawarkan strategi bagi menghadapi keadaan tersebut. 

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI