Wakaf dan Ekonomi Inklusif Ke Arah Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Tersisih

RM35.00
9789672518594
2 item(s)
+

Wakaf dan Ekonomi Inklusif Ke Arah Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Tersisih

Authors: Nik Mohd Azim Nik Ab Malik, Shahida Shahimi, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd Adib Ismail
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518594
Weight: 0.3 kg
Pages: 126 pp
Year: 2022
Price: RM35

Instrumen wakaf telah memainkan peranan signifikan dalam konteks pembangunan keagamaan dan sosial umat Islam di Malaysia. Hal ini boleh dilihat melalui projek wakaf yang dilaksanakan oleh Jabatan Wakal, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Namun begitu, potensi instrumen wakaf perlu dikembangkan lagi agar la dimanfaatkan semaksimum mungkin dengan cara meluaskan skop fungsi wakaf daripada hanya tertumpu pada aspek pembangunan keagamaan dan sosial semata-mata kepada pembangunan ekonomi ummah melalui program pemerkasaan ekonomi untuk golongan tersisih dan miskin secara khusus. Di samping itu, wakaf juga perlu diangkat menjadi instrumen pemangkin dasar ekonomi arus perdana bagi memperkasakan ekonomi rakyat, merapatkan jurang kesenjangan ekonomi dan memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif. Sinergi antara sektor kerajaan melalui alat dasar fiskal dan sektor ijtimai melalui instrumen filantropi Islam terutamanya wakaf dapat mengoptimumkan lagi pencapaian kemakmuran ekonomi secara bersama, saksama dan mampan. Oleh itu, buku ini mengemukakan aplikasi wakaf dalam bentuk berbeza daripada amalan wakaf semasa. Aplikasi wakaf tersebut ialah inkubator perniagaan wakaf. Gagasan ini sebagai mendukung aspirasi kerajaan Malaysia ke arah mencapai agihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif dalam kalangan rakyat.


NIK MOHD AZIM NIK AB MALIK (PhD) merupakan siswazah program pengajian Ijazah Doktor Falsafah Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang penyelidikan beliau ialah ekonomi pembangunan Islam, penyisihan sosial dan wakat. SHAHIDA SHAHIMI (PhD) merupakan Profesor Madya di Pusat Kajian Pembangunan Lestari dan Inklusif (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau adalah ekonomi Islam, perbankan Islam, kewangan Islam, kewangan sosial mencakupi wakaf & kewangan mikro, pendanaan awam (crowdfunding), serta keterangkuman (inklusif) kewangan dan sosial. MUHAMMAD HAKIMI MOHD SHAFIAI (PhD) merupakan Profesor Madya di Pusat Kajian Pembangunan Lestari dan Inklusif (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau adalah ekonomi dan kewangan Islam dan ekonomi pertanian. MOHD ADIB ISMAIL (PhD) merupakan mantan Profesor Madya di Pusat Kajian Pembangunan Lestari dan Inklusif (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran dan penyelidikan bellau adalah ekonomi Islam dan ekonomi kewangan


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI