Wakaf Kesihatan di Malaysia
Author: Norizah Mohamed @ Haji Daud & Asmak Ab Rahman
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831009321
Weight:
Year: 2017
Page:
Price : RM38Buku ini melihat wakaf sebagai satu ibadah dan hospital sebagai sebuah institusi. Gabungan kedua-duanya telah mengukuhkan sistem kemudahan kesihatan awam pada zaman kegemilangan Islam dan dapat dilihat kesinambungannya pada masa kini. Dari segi sejarah, wakaf telah berperanan dalam membiayai kesihatan sama ada untuk pengurusan hospital, doktor yang bertugas, peralatan mahupun keperluan pesakit. Hospital wakaf di zaman kegemilangan Islam ini memberikan rawatan kepada semua golongan secara percuma tanpa mengira agama, bangsa mahupun jantina. Hospital juga dibina di dalam perkarangan masjid menggambarkan simbolik hubungan yang erat antara hospital wakaf dengan pewakaf yang sememangnya berwakaf kerana mencari keredaan Allah. Ini kerana wakaf adalah satu amalan yang sangat unik yang dilakukan oleh seseorang hamba Allah bagi tujuan untuk mendekatkan diri dengan pencipta-Nya.
Buku ini juga mengupas hubungan wakaf dengan Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) yang memberikan perkhidmatan kesihatan pada masa kini. Penulisan buku ini memfokuskan tentang peranan wakaf kesihatan dan sumbangannya terhadap masyarakat dalam mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan di HWAN. Model wakaf kesihatan yang dilaksanakan oleh Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) menarik golongan berpendapatan rendah untuk mendapat rawatan di sini. Dalam konteks masa kini walaupun HWAN adalah hospital wakaf ia mengenakan bayaran kepada pesakit. Namun begitu, bayaran yang dikenakan masih mampu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah dan miskin, manakala golongan fakir tiada bayaran dikenakan.