Wanita dan Masyarakat

RM35.00
9789675457944
1 item(s)
+

Wanita dan Masyarakat 

Author: Azlizan Mat Enh & Rohani Abd Ghani
Publisher: UTHM Press
ISBN:  9789675457944
Weight:
Pages: 252pp
Year: 2012
Price: RM35

Wanita dan Masyarakat merupakan sebuah buku yang membicarakan peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat sejak zaman dahulu hingga sekarang. Buku ini mempunyai sembilan bab yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah IPTA mengikut kepakaran masing-masing dalam mengupas kedudukan wanita dari pelbagai sudut pandangan sains sosial. Esei-esei dalam buku ini antaranya membincangkan tahap penjagaan kesihatan dan pendidikan wanita pada zaman British, ketokohan bekas wanita pertama Indonesia iaitu Ratna Sari Dewi dalam membantu perjuangan suaminya Sukarno, serta mengenengahkan kehebatan srikandi Vietnam iaitu Trung adik beradik dalam mempertahankan kedaulatan tanah air mereka. Selain itu, Wanita dan Masyarakat turut membincangkan hak wanita dalam masyarakat melalui pembahagian harta pusaka dari perspektif Islam dan tidak meminggirkan wanita dari arus pemodenan di mana salah satu bab menyentuh mengenai pencapaian ICT wanita luar bandar dan cabarannya. Wanita dan Masyarakat cuba memperkayakan dan mendedahkan pemahaman masyarakat terhadap peranan, sumbangan dan kepentingan wanita dalam menjana kemakmuran negara dari sudut ekonomi, sosial dan politik.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI