Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi

RM21.00
1 item(s)
+

Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi

Author: Norfarizah Mohd Bakhir, Mohd Asyiek Mat Desa
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9789674612214
Weight: 0.25 kg
Pages: 114pp
Year: 2017
Price: RM21

Ilmu kearifan tempatan merangkumi kebijaksanaan, pengetahuan, kepercayaan, nilai, amalan, ajaran dan budaya masyarakat Melayu pada masa lalu. Kebanyakan kes ilmu kearifan tempatan adalah unik di sesuatu tempat sahaja. Kebiasaannya, ia dipindahkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi seterusnya dan warisan budaya tempatan ini juga banyak yang telah hilang seiring dengan peredaran masa. Namun, masih tidak terlalu lewat untuk dilaksanakan usaha pemeliharaannya. Ilmu kearifan tempatan perlu dikekalkan dengan meneroka penggunaan teknologi pada masa kini. Usaha ini penting untuk memastikan kelestarian sumber budaya ketara dan tidak ketara pada masa hadapan. Buku Warisan Kearifan Tempatan: Pemeliharaan Melalui Teknologi meneroka perihal ilmu kearifan tempatan yang menumpukan kepada penggunaan teknologi sebagai medium untuk memulihara seni dan warisan. Selain itu, buku ini juga menumpukan tentang kepentingan dan keberkesanan penggunaan teknologi dan perkaitannya dengan generasi muda sekarang dalam memelihara ilmu kearifan tempatan ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI