Warisan Melayu Perak

RM30.00
9789675457180
2 item(s)
+

Warisan Melayu Perak

Author: Ahmad Jelani Halimi & Ishak Saat
Publisher: UTHM Press
ISBN:  9789675457180
Weight:
Pages: 144pp
Year: 2010
Price: RM30

Buku ini merupakan sebuah koleksi artikel yang memuatkan warisan sejarah Melayu Perak yang merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah arkeologi, kerajaan-kerajaan awal Perak, undang-undang Melayu Perak, sejarah perdagangan dan perkapalan, peranan istana dan perkembangan Islam di Perak, peranan institusi pendidikan khususnya SITC dan Maahad Il Ihya AsSyarif yang terdapat di dalam negeri Perak. Ia memuatkan sejarah perjuangan orang Melayu Perak menentang dan menuntut kemerdekaan daripada British dan juga perkembangan sektor pertanian di Perak. Buku ini disusun mengikut kronologi dan memperlihatkan perkembangan sejarah negeri Perak secara teratur dengan mengenengahkan peristiwa-peristiwa penting yang telah melakar dan mewarnai sejarah, seterusnya menjadi warisan Melayu Perak. Ia juga merangkup skop lingkaran yang meliputi zaman tradisi, zaman penjajahan dan era merdeka. Penyelidikan arkeologi dianggap penting kerana ia menjangkau zaman dan memberi urutan peristiwa yang tepat dan benar. Pengkajian ke atas artifak-artifak dapat membuktikan kesahihan tempoh masa dan juga kebenaran dakwaan kewujudan sesuatu tamadun. Penghasilan buku ini dapat menambahkan khazanah sejarah Malaysia dan juga mendokumenkan sejarah negeri Perak khususnya. Ini boleh dijadikan batu asas kepada para pengkaji untuk menjelas, menegas, menghurai atau mempersoalkan kesahihan sejarah Melayu Perak dengan bantuan dokumen dan bukti-bukti baru yang ditemui.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI