Warqah Sultan Zainal Abidin III (1881-1918)

RM178.00
9789679121872
3 item(s)
+

Warqah Sultan Zainal Abidin III (1881-1918)

Author: Prof. Madya Dr. Jelani Md Haron
ISBN: 9789679121872
Penerbit: Arkib Negara Malaysia
Harga: RM178
Weight:
Pages:

Warqah istana menjadi salah satu sumber penting yang merekodkan pelbagai ma'lumat tentang urusan pentadbiran kerajaan pada masa silam. Sebagai sumber sejarah, warqah istana mempunyai nilai keistimewaannya yang tersendiri kerana berhubungan secara langsung dengan raja pemerintah bagi sesebuah kerajaan itu. Isi kandungan warqah memiliki ciri keaslian dan kesahihan yang cukup tinggi kerana melibatkan urusan rasmi raja-raja dalam melaksanakan tugas baginda selaku pemerintah kerajaan.

Sultan Zainal Abidin III menaiki takhta sebagai sultan Terengganu pada 27 Muharram 1299 yang bersamaan dengan 19 Disember 1881 dan mangkat pada 21 Şafar 1337 yang bersamaan dengan 25 November 1918 selepas memerintah selama 36 tahun 11 bulan dan 6 hari. Koleksi warqah yang berhubungan dengan Sultan Zainal Abidin III kini tersimpan di ibu pejabat Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu, Muzium Negeri Terengganu dan Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu di Kuala Lumpur. Warqah Sultan Zainal Abidin III menjadi gedung maklumat tentang sebahagian daripada sejarah kehidupan dan sejarah pemerintahan baginda yang masih boleh ditatapi oleh masyarakat hingga ke hari ini.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI