Yusuf Al-Qaradawiy: Faqih Idealogue Gerakan Islam Kontemporari
Penulis: Siddiq Fadzil
Muka Surat: 36 m/s
Penerbit: Institut Darul Ehsan - IDE
Buku ini secara keseluruhannya membicarakan mengenai pemikiran Yusuf al-Qaradawiy. Pemikiran Yusuf al-Qaradawiy yang menggambarkan kekuatan beliau sebagai seorang pemikir berautoriti, pemidato, ulama mujtahid, pemimpin serta pendidik dan penyair. Beliau merupakan seorang tokoh yang disifatkan sebagai pemikir pelbagai dimensi yang menyentuh pelbagai isu dan topik perbincangan. Tokoh yang unggul jika ngin berbicara mengenai usuluddin, syariah dan bahasa Arab sehingga tidak keterlaluan sekiranya beliau digelar ensiklopedia zaman ini.
Penulisan ini mengangkat pemikiran beliau mengenai wanita, jihad dalam pemikiran, tajdid dan ijtihad, isu-isu ketamadunan dan persoalan mengenai Fiqh. Selain itu, buku ini turut memuatkan pengenalan asas mengenai beliau yang telas disentuh oleh Marwan Bukhari Abd Hamid serta senarai hasil karya-karya yang pernah dihasilkan oleh al-Qaradawy oleh Dr. Rumaizuddin Ghazali.